KIZT
KEMPEN IKLAN ZAHIN TRAVEL
Program Pembelian Iklan Oleh Zahin Travel
Aktiviti Jualan Tanpa Pemasaran
- Penyertaan PERCUMA dan terbuka untuk ejen Zahin Travel sahaja.
- Kos iklan akan ditaja sepenuhnya oleh Zahin Travel.
- Walaubagaimanapun, ejen perlu melanggan aplikasi Privyr secara bulanan iaitu USD22 sebulan dan membeli kad SIM yang berharga RM19.50 (kad SIM LITE) serta membuat tambah nilai bulanan RM35.
- Anggaran kos bulanan:
Privyr: USD22 sebulan
Tambah nilai prabayar kad SIM: RM35 sebulan
Jumlah: RM125++ sebulan (bergantung kepada kadar semasa tukaran mata wang USD/MYR)
Perhatian:
Sebaik sahaja peserta telah menjana komisen jualan pelancongan melebihi RM1,000 sebulan, peserta perlu menaik taraf kad SIM LITE kepada BIZ (RM128) dan membuat tambah nilai prabayar RM100 sebulan.
Info lanjut, sila rujuk eBook Panduan Ejen Pelancongan pada muka surat 53 di bawah tajuk Tahap Komisen. - Masukkan emel yang betul di dalam borang ini bagi tujuan pendaftaran Privyr oleh Zahin Travel.
- Aplikasi Privyr merupakan produk perisian pengurusan leads yang dibangunkan di Singapura. Ia bukan milik atau diuruskan oleh Zahin Travel Sdn. Bhd. (entiti syarikat berasingan).
MEKANISMA AGIHAN LEADS
KAEDAH PENGGILIRAN PROSPEK
- Peserta akan diberi leads satu persatu secara bergilir-gilir. Bermaksud, peserta yang telah mendapat satu leads, perlu menunggu peserta-peserta lain telah lengkap diagihkan leads terlebih dahulu sebelum tiba giliran penerimaan leads baru yang seterusnya.
- Purata agihan sekurang-kurangnya 15 leads atau 30 leads dalam satu bulan bergantung kepada permintaan semasa dalam pasaran pelancongan. Walaubagaimanapun, peserta yang berjaya menghasilkan jualan akan diberi lebih banyak leads mengikut prestasi iklan dan permintaan semasa pasaran bebas dalam sesuatu bulan tersebut.
- Peserta boleh menarik diri daripada program Kempen Iklan Zahin Travel pada bila-bila masa dengan tidak menyambung bayar langganan Privyr pada bulan seterusnya. Sila maklumkan juga kepada Zahin Travel melalui WhatsApp atau hubungi 017-316 5822 untuk notis penutupan akaun Privyr.
- Mohon ambil maklum bahawa tiada pemulangan bayaran daripada pihak Zahin Travel dan pihak Privyr atas apa jua sebab atau sekiranya peserta menarik diri daripada program Kempen Iklan Zahin Travel.
SYARAT PENYERTAAN
Mudah & Ringkas
- Peserta wajib menggunakan kad SIM yang diaktifkan melalui rangkaian Zahin Travel untuk menguruskan leads, prospek dan pelanggan masing-masing sebagai medium utama komunikasi.
- Peserta perlu menggunakan WhatsApp Business (bukan WhatsApp Personal) semasa berhubung dengan leads, prospek dan pelanggan serta tidak boleh dicampuradukkan dengan bisnes jenis lain melainkan pakej percutian Zahin Travel sahaja.
- Kad SIM boleh dibeli melalui eBook Panduan Ejen Pelancongan pada muka surat 55 di bawah tajuk Pembelian kad SIM.
- Kad SIM wajib diaktifkan melalui rangkaian Zahin Travel sebaik sahaja diterima melalui pos. Sila rujuk panduan pengaktifan di muka surat 64, eBook Panduan Ejen Pelancongan.
- Pengaktifan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan boleh menyebabkan penyertaan ejen di dalam Kempen Iklan Zahin Travel terbatal dengan sendiri. Peserta perlu membeli kad SIM yang baru untuk penyertaan semula ke dalam program Kempen Iklan Zahin Travel.
- Sebarang soalan, sila WhatsApp atau hubungi 017-316 5822.
PERLINDUNGAN MAKLUMAT SULIT
Akta Perlindungan Data Peribadi
- Peserta Kempen Iklan Zahin Travel adalah bertanggungjawab untuk melindungi butiran peribadi setiap leads / prospek / pelanggan yang telah diagihkan.
- Setiap maklumat peribadi yang diperolehi melalui Kempen Iklan Zahin Travel adalah hanya untuk pengetahuan peserta yang menerima data tersebut, Zahin Travel Sdn. Bhd. dan penyedia perkhidmatan pelancongan di lapangan sahaja.
- Peserta tidak boleh menyebarkan butiran peribadi yang diklasifikasi sebagai maklumat sulit seperti nama, nombor telefon, emel, nombor kad pengenalan, nombor passport atau gambar passport dan lain-lain data peribadi yang diserahkan oleh leads, prospek dan pelanggan kepada peserta.
- Peserta sama sekali tidak dibenarkan untuk menawarkan pakej percutian daripada syarikat pelancongan lain selain daripada Zahin Travel Sdn. Bhd.
- Sekiranya jualan berjaya dihasilkan, setiap transaksi kewangan perlu disalurkan ke akaun bank rasmi yang tertera nama penuh Zahin Travel Sdn. Bhd. seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia.
- Dengan menyertai program Kempen Iklan Zahin Travel, peserta adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi yang diwartakan oleh Kerajaan Malaysia.
- Sebarang pelanggaran peraturan yang telah ditetapkan boleh menyebabkan risiko perundangan dan penyertaan di dalam program Kempen Iklan Zahin Travel boleh ditamatkan serta-merta.
PENGESAHAN PENYERTAAN
Apa Yang Akan Berlaku Selepas Pendaftaran
- Sebaik sahaja pendaftaran telah disahkan, sistem akan menghantar pesanan WhatsApp secara automatik ke nombor telefon peserta dari 012-443 1658 (sila simpan nombor ini sebagai Info Zahin Travel).
- Emel juga turut dihantar kepada peserta yang memaparkan maklumat pengesahan penyertaan.
- WhatsApp dan emel yang dihantar mengandungi pautan masuk ke grup WhatsApp Kempen Iklan. Sila masuk ke grup WhatsApp tersebut.
TAHAP PENGALAMAN
Sesiapapun Boleh Jana Pendapatan Dalam Industri Pelancongan
- Zahin Travel telah membuat percubaan untuk menguji keberkesanan Kempen Iklan Zahin Travel terhadap 4 ejen baru.
- 4 ejen tersebut tidak memiliki latar belakang dalam jualan pelancongan dan baru sahaja menyertai Zahin Travel sebagai ejen pelancongan.
- Apa yang Zahin Travel sediakan hanyalah jawapan kepada setiap pertanyaan prospek terhadap ejen-ejen baru tersebut.
- Lama-kelamaan, ejen-ejen tersebut terhafal dengan sendiri jawapan kepada setiap pertanyaan berulang daripada prospek.
- Peserta Kempen Iklan Zahin Travel hanya perlu memastikan boleh membaca dan menulis dalam bahasa Melayu dan tidak menggunakan trengkas (shortform) terlalu berlebihan semasa berhubung dengan leads / prospek / pelanggan melalui WhatsApp.
- Berikut merupakan pencapaian ejen-ejen baru tersebut sejak Ogos 2025 hingga November 2025.
OGOS 2025
Jumlah Jualan: RM5,047.00

SEPTEMBER 2025
Jumlah Jualan: RM8,533.00

OKTOBER 2025
Jumlah Jualan: RM76,416.00

NOVEMBER 2025
Jumlah Jualan: RM37,144.00
